Wednesday, March 19, 2014

Majlis Berendoi & Aqiqah Nurul Izzah Insyirah

Alhamdulillah Ahad lepas, 16/03/2014 selesai kami buat majlis berendoi & aqiqah puteri kesayangan kami.
Antara lirik lagu Dendang Siti Fatimah yang dinyanyikan semasa majlis berendoi. Seriously memang sedih dengar lagu ni..
Wahai anakku paras gemilang
Kepada ibu bapamu hendak disayang
Memelihara akan engkau bukannya senang
Tidur tak lena makan tak kenyang
Ibu kandungkan engkau sembilan bulan
Nasi dan air tidak tertelan
Melahirkan engkau beberapa kesakitan
Terkadang bercerai nyawa di badan
Setelah mendengar tangisan si manja
Gembira hati kedua ibu bapa
Mengucap kesyukuran kepada yang maha kuasa
Sudah dicapai hajat dicita...
**** Ni sedikit gambar sekitar majlis ****

Wednesday, March 12, 2014

Saat-saat Izzah Lahir Ke Dunia (Part 2)

Sampai rumah, aku tak boleh tidur. Aku tengok suami aku dah sedap lena. Aku je terkebil-kebil untuk tidur. Perut pula makin mengeras. Aku gagahkan juga untuk tidur. Tak silap pukul 3 pagi baru aku lena. Tengah sedap-sedap tidur, pkul 4.30 pagi tiba-tiba aku rasa ada air yang keluar. Banyak pula tu. Aku bukak lampu dan tengok. Sah!! Air ketuban pecah!! Warna jernih & tak berbau. Terus gerak suami. Suami terus pergi cuci muka untuk bawa aku ke hospital. Aku pula masih terkebil-kebil. Betul ke dah sampai masa untuk aku melahirkan anak?? Suami aku ketuk pintu bilik Cuna & bagitahu. Cuna aku nak ikut sekali ke hospital. Dalam perjalanan ke hospital, aku rasa nak membuang air besar. Tapi masih takde rasa kontraksi masa tu. Rupenye rasa nak buang air besar tu salah satu tanda nak beranak!!
Sampai ke wad bersalin, sekali lagi aku jalani pemeriksaan kontraksi & gerakan baby. Mase tulah start rasa kontraksi. Air ketuban pula sentiasa keluar sedikit demi sedikit. Ya Allah.. sakitnya kontraksi! Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya. Selesai pemeriksaan, aku dibawa jumpa doktor. Doc sekali lagi cek bukaan rahim aku menggunakan alat muncung itik tu. Disuluhnya kat kemaluan aku pakai 'torch light' (hilang dah rase malu sebab dah sakit sangat2). Doktor cakap, "ehh.. dah nampak rambut baby". Terkejutnya aku.. mungkin nilah saatnya aku akan melahirkan zuriat aku sendiri. Doc bagitahu bukaan rahim aku dah 4cm. Doc suruh nurse bawa aku ke Labour Room. Sebelum masuk Labour Room, aku sempat jumpa suami. Aku minta maaf kat suami jika aku ada salah apa-apa dengan dia. Nak bersalin, perlu ada kemaafan & redha suami. Aku pun ditolak ke Labour Room pakai kerusi roda. Nak berjalan memang tak larat dah sebab kontraksi makin kerap.
Aku dibawa ke bilik no.5.. dalam bilik tu aku sorang je maknenye suami boleh teman dan saksikan sendiri aku melahirkan zuriatnya. Tapi aku tahu dia tak berani. Aku pun taknak memaksa dia. Aku masuk ke labour room tak silap dalam pukul 7.30 pagi. Tahan la sakit sorang2. Suami masih tak masuk lawat aku. Nurse je ada bagi sokongan dekat aku. Seriously nurse kat labour room Hospital Ipoh memang semua baik & ramah. Kontraksi makin kerap. Aku tak kira dah berapa kontraksi dalam 5minit. Aku rase dalam 5minit mau berpuluh-puluh kontraksi kot. Pukul 9 pagi sister nurse datang dan cek bukaan rahim aku. Sister bagitahu dah 10cm! Bila-bila mase je boleh bersalin. Pukul 9.15pagi, suami aku masuk ke dalam bilik. Tak mampu nak senyum tengok dia. Sebab dah sakit sangat2. Sister bagitahu dia aku boleh bersalin bila-bila mase je. Terus dia nak keluar. Dia tak berani. Aku pun suruh dia keluar. Kesian kat dia. Tapi tak sangka dia stay jugak dalam bilik tu. Hilang terus takut dia tengok aku tengah tahan sakit. TQ suami! Suami urut-urut bahu dan belakang aku. Tangan sebelah lagi dia genggam erat tangan aku.
Nurse kangkangkan kaki aku. Tiba-tiba dia panggil sister nurse. Rupanya dah nampak kepala baby nak keluar. Patutla aku rasa nak buang air besar sangat-sangat. Sister dah siap-siap nak sambut baby. Sister suruh teran mase tengah kontraksi. Kalau tak sakit kontraksi, jangan teran sebab boleh jadi koyak yang banyak. Aku pun ikutla cakap sister. Alhamdulillah dengan sekali 'push', keluarlah my princess pada 14 November 2013 pukul 9.58pagi. Nama yang diberi, Nurul Izzah Insyirah binti Salehuddin. Airmata aku menitik saat dengar tangisan Izzah yang pertama. Syukur Ya Allah.. Suami pun gembira tak terkata. Lepas disedut air dari mulut Izzah, suami azan & iqamat kan di telinga Izzah. Moment yg sangat indah mase tu.
Orang cakap, Izzah lewat sehari je. Kalau tak, dapat lahir tarikh cantik (13/11/13). Bagi aku, 14/11/2013 adalah tarikh yang paling cantik. Sebab ikut kalender Islam, 10 Muharram iaitu HARI ASYURA. ALHAMDULILLAH..
Nilah rupe Izzah masa baru lahir.
Ni pula Izzah mase berusia 4bulan. YA ALLAH, JADIKAN ANAK KU SEORANG ANAK YANG SOLEHAH. YANG MENGGEMBIRAKAN HATI IBU DAN ABAH. YANG MAMPU DOAKAN IBU DAN ABAH JIKA IBU DAN ABAH DAH TIADA DI DUNIA INI. YA ALLAH, ELOKKAN PERKERTINYA, MANISKAN BAHASANYA SETIAP KALI DIA BERBICARA DAN JADIKAN DIA SEORANG HAMBA ALLAH YANG SENTIASA BERSYUKUR DENGAN NIKMATMU. AMIN..

Saat-saat Izzah Lahir Ke Dunia (Part 1)

Ok.. sekarang aku nak cite pula saat-saat aku akan melahirkan anak kesayangan aku. 13/11/2013 kira-kira jam 2.30 petang, aku ke toilet. Nak buang air kecik lee..Pastu aku tengok ada kesan lendir + darah kat seluar dalam aku. Maakk aiii.. kelam kabut terus aku sebab aku ada bace kat internet kalau ada tanda tu, maknenye dah dekat nak bersalin. Aku terus telefon mak aku tanye. Mak aku tak pasti. Tiba-tiba Kak Ngah aku telefon. Dia suruh pergi ke Klinik Kesihatan cek. Time tu plak aku takde kenderaan nak pergi. Yela.. suami jauh kan? Kawan serumah pula tengah kursus mase tu. Aku 'call' je nurse kat Klinik Kesihatan tu & cerita apa yang jadi. Terus je nurse suruh aku balik kampung sebab aku boleh bersalin bila-bila mase je. Sebabnya nurse suruh aku balik kampung, aku dah 'booking' untuk bersalin kat Hospital Teluk Intan. Kat Lenggong pula takde hospital & aku mungkin akan melahirkan anak secara 'ceaser' sebab badan aku yang kecil (risau tulang pinggul tak muat). Aku terus 'call' suami & cakap apa yang nurse bagitahu aku. Suami aku terus bergegas nak balik. Tapi perjalanan dari Tanjung Malim ke Lenggong, makan mase 3jam juga. Risau juga aku kot2 terberanak sorang2..
Makcik aku dari Ipoh (Cuna) 'call' bagitahu dia datang ambik aku kat Lenggong dengan Paksu. Dalam pkul 4.30 petang, Cuna aku sampai kat Lenggong. Aku bersyukur sangat-sangat sebab dalam mase tunggu Cuna aku sampai, aku masih takde rasa sakit atau air ketuban pecah. Aku 'call' suami suruh dia tunggu kat rumah Cuna je kat Ipoh. Sampai Ipoh, aku tengok suami aku dah sampai dan menanti aku depan rumah. Terus dia ajak aku ke hospital. Memandangkan waktu tu dah pukul 6 petang, aku minta dia bawak aku lepas maghrib sebab aku penat sangat & nak mandi. Lepas maghrib, pukul 8 malam, aku pun ke Hospital Ipoh untuk pemeriksaan. Dalam perjalanan ke hospital, hati aku tak tenteram. Yela.. anak sulung kan? Takde pengalaman.. takut mase pemeriksaan bukaan rahim tu sakit sangat2..
Sampai dalam wad bersalin, aku disuruh baring atas katil untuk pemeriksaan ...... (aku tak ingat la name pemeriksaan tu). Alat tu dipasang ke perut untuk tengok tahap kontraksi & pergerakan janin. Segala kontraksi yang terjadi, akan dicatat ke dalam kertas graf. Dan aku dipasang alat untuk dengar jantung baby. Aku pun rileks la baring. Sambil tu sembang2 dengan kakak tepi katil aku & dengar jantung baby aku. Aku tak sakit pun mase tu. Tu yang rileks je. 15-20minit, baru selesai pemeriksaan. Nurse cakap takde kontraksi lagi. Tapi dia suruh jumpa doktor jugak sebab dah ada tanda nak bersalin. Aku pun masuk la jumpa doktor. Haa... apa lagi. Doktor pun cek la bukaan rahim. Dia masukkan jari & alat macam muncung itik tu. Adoii.. sakitnya... seriously memang tak suke!! Doktor cakap baru 1cm. Lepas tu doc scan rahim aku untuk tengok baby. Doc cakap baby ok je. Takde apa-apa masalah. Dia suruh aku balik rumah. Kalau sakit kontraksi atau air ketuban pecah, baru datang klinik balik. Aku pun balik la ke rumah.. mase tu dah pukul 12.30 tgh malam.
Bersambung Ke Part 2 :)

Monday, March 10, 2014

I'm Pregnant????!!!

Aku tak boleh lupe kenangan mase mule2 aku tahu aku pregnant. Tanggal 30/03/2013, mase tu aku baru bangun tidur. Aku pergi toilet dan bawa sekali Pregnancy Test yg aku beli kat Guardian malam sebelumnya. So, aku pun test la air kencing aku. Tunggu dalam seminit, tup2 naik 2 line.. Ya Allah.. seriously mmg terkejut. Aku terus masuk bilik & gerak suami yg tengah tidur. Aku tnjuk kat dia 'pregnancy test' tu. Dia boleh plak buat muke blurr.. maybe tengah mamai kot. hehe.. Setahun 2bulan aku tnggu utk pregnant. Sbb tu aku terlebih excited. Aku ajak suami pergi klinik utk sahkan kehamilan aku tu. Petang tu aku pergi ke klinik swasta kat Kuala Kangsar. Lame jugak nak tunggu giliran. Hampir sejam menunggu, nurse panggil masuk jumpa doktor. Aku terus cerita kat doc tu pasal pregnancy test yg aku buat & hasilnye positif & aku bagitahu period aku memang tak tetap. Kadang2 2,3bulan sekali baru period datang. Mase aku buat pregnancy test tu, dah 3bulan period aku xdatang.
Doc suruh aku baring atas katil untuk di'scan' rahim aku. Aku pn baring dengan tenang. Dengan harapan doc bagi keputusan yang positif. Doc cakap dia tak nampak apa-apa. Doc minta aku buat pregnancy test sekali lagi & hasilnya memang positif. Dia suruh aku tunggu kat luar dan minum air masak dengan banyak. Kalau nak terkucil, kena tahan untuk di'scan' sekali lagi. Aku pun ikutkan ajela cakap doc tu. Lepas 20minit aku teguk air masak & dah ada rase nak terkucil, aku bagitahu kat nurse. Nurse bawak aku jumpe doc. Sekali lagi aku diminta berbaring. Doc pun scan dan perhati dengan teliti. Doc cakap, "saya tak nampak pun kantung baby & menurut yang awak bagitahu saya tadi, period awak dah tak datang 3bulan. Kalau ikutkan, baby awak dah 3bulan ni. Kalau 3bulan, dah nampak janin & heart beat baby. Maaf ye puan. Baby puan takde jantung erti kata lain, tak menjadi". Ya Allah... selambanya doc tu bagitahu macam tu. Aku dah cerita kat dia yang period aku tak tetap & tiap2 bulan aku akan buat pregnancy test. Akhir bulan 2 aku buat, hasilnya negatif. So, aku yakin sangat2 aku baru je pregnant. Sebab tu tak nampak lagi janin or heart beat baby. Doc suruh aku ke Hospital Taiping utk pemeriksaan lanjut. Doc risau kalau aku pregnant luar rahim.
Dengan berat hati, linangan air mata, aku dan suami pergi ke Hospital Taiping. Dalam hati tak henti2 berdoa semoga Allah permudahkan urusan kami & semoga baby aku ok2 je. Sampai Hospital Taiping, kami buat pendaftaran pesakit luar. 30minit tunggu, nama aku dipanggil untuk pemeriksaan di Zon Kuning. Sekali lagi aku di'scan' oleh doktor. Sampai 2 doktor tengok scan aku. Diorang cakap memang tak nampak apa-apa. So, diorang suruh aku ke Wad (xigt dah wad brape).. aku pergila ke wad tu. Sampai je kat wad, nurse suruh aku salin pakaian. Dia bagi uniform wad warne pink. Lepas salin baju, aku masuk ke dalam bilik untuk di'scan' sekali lagi oleh doktor. Scan kat luar, memang tak nampak apa2. Doc pun amik keputusan untuk scan dari dalam. Aku tak tahu la ape name prosedur tu. Doc masukkan alat ikut kemaluan. Dan doc terus tunjuk kantung baby kat aku. Alhamdulillah.. aku pregnant 3minggu.. Tapi xpasal2 aku kene stay kat wad tu 2hari. Huhu..
Mase ni aku scan kat klinik kesihatan Lenggong.7weeks pregnancy..
* Aku akn sambung saat2 aku melahirkan Izzah. Stay tuned......

Tuesday, January 15, 2013

Kanser Myeloma : Kanser Darah

Aku baru 1st time dengar pasal kanser ni. Memang tak pernah dengar langsung sebelum ni. Aku google pasal kanser ni pun sebab sorang pakcik aku disahkan mengidap kanser myeloma ni. Dan dah berada pada tahap 3. Ya Allah.. Ni aku kongsi sikit pasal kanser myeloma.
Kanser darah pada usia tua Multiple Myeloma adalah penyakit kanser sel darah putih, melibatkan komponen yang dikenali sebagai sel plasma. (Definasi ini diambil dari buku text Plasma cell disorders. In: Goldman L, Ausiello D (eds). Cecil Textbook of Medicine oleh Prof Rajkumar SV dan Prof Kyle RA pada 23nd Edition. terbitan WB Saunders. Philadelphia, PA. Bab 198. Mukasurat 1426-1437). Risiko untuk menghidap penyakit MM meningkat dengan peningkatan umur. Kebanyakan pesakit berumur 65 tahun ke atas. Kurang dari 1% pesakit MM berumur kurang dari 35 ke bawah.
Adakah ibubapa kita berisiko ?
Selain daripada faktor umur yang lanjut, melebihi 65 tahun, kebanyakan pesakit MM dideritai oleh lelaki melebihi daripada wanita. Alasan di sebalik ini, tidak diketahui. Hanya berdasarkan pemerhatian yang dibuat mengikuti kiraan census juga. Mungkin ianya dapat dijelaskan dengan logik bahawa lelaki lebih terdedah kepada radiasi di tempat kerja. Pekerja yang terlibat di bidang petrokimia juga antara yang berisiko. Harus diingatkan, berisiko tidak bermakna harus akan mendapat penyakit itu, tetapi kemungkinan untuk mendapat penyakit itu lebih tinggi daripada orang yang tidak berisiko. Begitu juga dengan faktor baka keturunan, jika ada di antara adik beradik atau ibubapa penghidap MM, kemungkinan kita untuk mendapat penyakit yang sama adalah sama. Satu kajian yang dilakukan oleh American Cancer Society, mendapati bahawa orang yang obese lebih berisiko tinggi dari orang yang mempunyai berat yang ideal.
Segalanya bermula di kromosom DNA
MM merupakan penyakit yang kedua terbanyak (10%) dihidapi oleh pasakit berbanding dengan pesakit kanser darah yang lain selepas penyakit Non-Hodgkin’s Lumphoma. Di kalangan pesakit kanser secara keseluruhannya, ia dihidapi oleh 1% pesakit kanser. Ini menunjukkan bahawa MM adalah penyakit yang jarang berlaku. Walaupun banyak kajian dibuat mengenainya, namun belum ada kepastian punca sebenar penyakit. Pakar perubatan hanya menyebut pesakit MM mengalami perubahan kromosom (chromosomal translocation) yang ketara pada kromosom ke 13 dan 11. Namun apa yang menyebabkan perubahan ini masih tidak diketahui. Saya percaya perkara ini adalah di luar kawalan kita dan hanya Allah saja yang mengizinkan sesuatu yang buruk berlaku. Hanya Allah juga yang melindungi kita dari penyakit ini. Ujian Allah dalam bentuk ’pemberian’ penyakit MM adalah untuk melihat hamba manakah yang sabar dan bersyukur. Maka saya menyimpulkan bahawa penularan penyakit ini di luar kawalan kita dan dibawah kekuasaan dan kehendak Allah. Seharusnya kita sering berdoa agar Allah tidak menguji kita dengan ujian yang tidak tertanggung oleh kita.
Perubahan pada tulang sum-sum (bone marrow)
Sel plasma penting dalam sistem imuniti kita kerana membentuk antibodi. Antibodi ini dihasilkan di dalam tulang sum-sum (bone marrow) dan dihantar ke seluruh badan melalui sistem limfatik (lymphatic system). Pada kebiasaannya sel plasma adalah sejenis sel darah putih yang menghasilkan dan mengeluarkan antibodi. Akibat terjadinya perubahan kromosom (chromosomal translocation), tubuh kita menghasilkan malignan sel plasma cells (jenis sel-B) yang dikeluarkan secara tidak terkawal. Sel plasma Multiple myeloma akan tetap tinggal di tulang sum-sum (bone marrow) di beberapa tulang seperti tulang belakang (spine), tulang tengkorak (skull), atau tulang rusuk (ribs). Sel plasma ini menyebabkan peningkatan akitivti osteclastic , iaitu proses di mana calcium meninggalkan tulang dan berada di dalam darah. Keadaan ini menyebabkan tulang itu menjadi rapuh (osteoporosis) akibat ‘penghakisan’ ini (disebut lytic lesions), dan hypercalcemia ( terlalu banyak kandungan calcium dalam darah). Sel-sel Multiple myeloma meghasilkan monoclonal protein yang banyak dikenali sebagai M proteins, yang boleh dikesan dengan kaedah protein electophoresis,. Ianya juga boleh dikesan di air kencing ,dikenali sebagai Bence-Jones proteins.
Penyakit misteri yang sukar didiagnosa
Tidak semua penyakit dapat dikesan dengan mudah. MM adalah salah satu daripadanya. Keluhan pesakit sangat tidak specifik. Pesakit mungkin mengadu pening kepala dan sukar bernafas. Keadaan pesakit semakin teruk sehingga jelas bahawa mengalami MM. Namun mungkin ketika itu pesakit telah berputus asa dari perubatan moden yang dirawat dari klinik-klinik sahaja. Lalu pesakit cuba menjalani perubatan bomoh yang mengatakan ianya penyakit buatan orang akibat hasad dengki. Paling menyedihkan kaum kerabat sendiri dituduh oleh bomoh sebagai orang yang menghantar ’guna-guna’ untuk menyusahkan dirinya. Apabila keadaan semakin teruk dihantar pula ke hospital kerana kononnya ’bomoh tidak berjaya untuk menundukkan guna-guna itu’. Di hospital, doktor mengatakan dia sudah parah dan terlambat untuk dirawat. Akhirnya pesakit dibawa pulang. Keluarga pesakit mengatakan “Doktor di hospital tak buat apa-apa !” Sungguh menyedihkan! Ini fenomena biasa yang saya alami ketika bekerja di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Johor. Peliknya hanya pesakit berbangsa Melayu yang beragama Islam yang menjadi mengsa keadaan seperti ini.
Tip of iceberg
Multiple Myeloma bukanlah penyakit misteri yang disebabkan oleh makhluk halus atau buatan orang. Namun MM sangat sukar didiagnosa kerana ianya ibarat ”tip of the iceberg”. Ini bermakna apa yang dapat dilihat di permukaan laut hanyalah sedikit berbanding dengan apa yang berada di dalam aras laut. Apa yang dikeluhkan oleh pesakit adalah sebahagian kecil perubahan yang sedang berlaku akibat perubahan yang besar dalam tubuhnya. Pemeriksaan darah dan xray yang rutin tidak dapat mengesan penyakit ini. Jadi janganlah berputus asa jika pemeriksaan rutin tidak mendiagnosa apa-apa penyakit. Namun saya percaya, pemeriksaan rutin yang teliti memberikan clue untuk doktor mengesyorkan kepada pesakit menjalankan pemeriksaan lanjut. Jika telah disahkan menghidap MM, ianya boleh dikawal dengan rawatan. Ini bermakna tanpa rawatan yang betul, penyakit MM akan merosakkan seluruh sistem tubuh kita dengan kadar yang cepat seterusnya akan menyebabkan pesakit menemui ajal dengan lebih cepat lagi.
Kesakitan pada tulang
Multiple Myeloma menyebabkan kesakitan pada tulang terutama tulang belakang (spine) dan tulang rusuk (ribs). Akibat kesakitan ini pergerakan terhad dan rutin sehariannya terjejas. Jika kesakitannya hanya berada di satu tempat, kemungkinan ianya disebabkan oleh tulang telah patah (bone fracture) akibat osteophorosis. Jika ianya melibat tulang belakang ianya akan menyebabkan kelumpuhan (paralysis) akibat terjejas saraf tunjang akibat spinal cord compression. Ii menyebabkan pesakit tidak dapat mengawal kencing dan berak. Tulang menjadi rapuh akibat kalsium pada tiulang diserap keluar menyebabkan jika dibuat pemeriksaan darah, didapati kandungan kalsium dalam darah amat tinggi ( hypercalcemia).
Demam yang rendah atau dedar
Penghasilan antibodi juga terjejas. Ini bermakna sistem imuniti dalam badan tidak berfungsi dengan baik . Akibatnya pesakit kadang kala mengadu demam, yang ada kalanya tidak terlalu kuat (orang Johor mengatakan “dedar”) Ada pesakit yang mengadu sukar bernafas disertai demam yang tinggi. Pemeriksaan xray di dapati paru-parunya bermasalah dan doktor hanya memberikan diagnosanya sebagai pneumonia. Ianya boleh dirawat untuk sementara dengan antibiotik yang sesuai. Tidak kurang yang mengadu mengalami masalah membuang air kecil iaitu sakit ketika kencing dan tidak lawas. Pemeriksaan urine mendapati ada jangkitan kuman di dalam air kencing. Malah ada ketikanya ianya menyebabkan jangkitan kuman sehingga ke ginjal, pyelonephritis menyebabkan bernanah di buah pinggang. Akhirnya pesakit mendapat penyakit kerosakan ginjal (renal failure). Ini semua akibat tahap immuniti yang rendah. Begitu juga kadang kala pesakit berkeadaan lemah, pucat lesi dan tidak bertenaga. Pesakit kadang kala menggeletar, tidak tahan sejuk, pening dan pelbagai lagi rungutan yang tidak specifik. Pemeriksaan darah secara routine mendapati pesakit menghidap anemia, iaitu kandungan haemoglobin rendah dalam darah. Oksigen tidak dapat dibawa oleh haemoglobin menyebabkan pesakit mengalami lemah, penat susuah bernafas dan plebagai sungutan tadi. Apa yang sering menjadi rungut pesakit mesteri ini ialah rasa lemah badan, kadang kala keliru dan emah badan tidak bertenaga. Ini semua disebabkan oleh kandungan kalsium dalam darah yang amat tinggi (hypercalcaemia). Cuba ikuti lagi cerita ini. Selain itu pesakit mengadu masalah sakit kepala, pandangan mata berkabur, susah mengawal kencing dan berak (akiat kerosakan pada saraf tunjang , spinal cord), rasa kebas pada tangan. Kelemahan pada anggota tubuh menyebabkan pesakit tidak mampu bekerja. Pesakit tidak berdaya untuk berjalan dan mengangkat tangan (disebabkan oleh serangan amyloid pada saraf tangan dan kaki). Ada kalanya ianya seperti pesakit stroke yang tidak boleh mengangkat tangan dan kaki di sebelah badan (paraplegia) Doktor yang mengesyaki MM pada pesakit akan membuat pemeriksaan darah untuk serum protein electrophoresis. menunjukkan peningkatan secara mendadak paraprotein di gamma zone pada pesakit MM.
Mengawal dan Mengurangkan sel kanser
Rawatan untuk MM difokukan pada aktiviti mengawal dan mengurangkan (containment and suppression) sel-sel kanser dengan rawatan kemoterapi. Keadaan ini tidak dinamakan sembuh. Ianya adalah replase elepas rawatan, namun bergantung kepada keadaan pesakit semasa rawatan itu dijalankan. Pesakit merasakan beransur pulih, namun harus diingatkan lagi bahawa ianya sebenarnya relapse, pesakit akan mengalami kesakitan itu jika tidak dimonitor. Namun apa yang dibimbangkan apabila pesakit mengalami keadaan dinamakan, “treatment resistance” di mana rawtan kimoterapi yang biasa diambil tidak lagi berkesan, namun boleh dirawat dengan rawatan menggunakan ubat-ubatan kemoterapi yang baru. Kesimpulannya MM adalah penyakit yang ”dapat” tanpa ”dicari”, menandakan ketahanan badan semakin uzur dan memasuki fasa berundur. Apa yang perlu ialah ketabahan menghadapinya dan berfikir panjang, dan mulakan langkah-langkah menginsafi diri.
Teruk kan? Hm..kami sekeluarga hanya mampu berdoa supaya kesihatan pakcik aku tu akan beransur sembuh. Tak pernah bayang dalam family ade sorang yang akn kena penyakit series macam ni.
YA ALLAH... KAU SEMBUHKANLAH PENYAKIT YANG ADA PADA BADANNYA. PULIHKAN DIA SEPERTI SEDIAKALA. KELUARGANYA MASIH MEMERLUKANNYA. AMIN YA ROBBAL ALAMIN...

Thursday, January 10, 2013

My Younger Sister

Post hari ni saje nak share cite tentang adik aku sorang ni. Dia lah satu2 nya adik yang aku ada. Adik dunia akhirat.. Nama yang diberi oleh mak ayah aku, ola oli ku beri nama saudara saudari, cikebum cikebum .. hahaha.. gurau2 je.. nama dia Nazatul Nazihah. Name Nazatul tu Chuna aku bagi sbb smpena nama dia gak (Nazatul Azna). Nazihah pulak mak aku bagitahu pakcik aku yang bagi. Mase dia lahir, aku darjah 1.. ye.. dah 7tahun. Memang jauh beza umur dia dgn aku. Genap 17 Mei 1996, waktu malam (btul ke malam? sbb mase ayah balik bgthu mak dah bersalin, dh malam), lahir lah satu-satunya adik aku kat dunia ni. Mule2 excited nak dapat adik dan confirm2 bukan aku yang akan jadi bahan untuk abang2 aku lagi. Yela.. dlu aku yang bongsu. Selalu kena buli dengan 2 orang abang aku. Bulan demi bulan, adik aku dah membesar sedikit demi sedikit. Dari menerap, dah pndai duduk. Dari duduk, dah pandai berdiri, berjalan dan berlari. Tibe lah waktu yang aku tak suke sbb dia dimanjakan lebih. Aku kan dah jadi kakak so xdela bleh manje lebih2 lagi. Ape yang adik aku nak, semua dapat. Aku ngah syok2 main mainan tu, dia nak, confirm kena bagi. Kalau x, mmg kena marah. Berapi je tengok dia mase tu. Yela.. aku pun belum matang lagi. Masih gadis sunti mase tu. Sekolah rendah pun tak habis lagi. Memang cepatlah marah2.. hehe..
Kini tahun berganti tahun... dari dia tahu sebut mak, ayah, sekarang dia dah tahu 1,2,3 a,b,c .. Masuk tadika, dia dah pandai sikit mengeja. A - ABU, B- BUKU, C - CIKU.. alhamdulillah adik aku membesar dan pandai. Mase tadika, mak aku yang hantar ambik dia sebab mak aku tak keje lagi. Aku mase tu dah form 1 (2002). Kalau aku rajin, aku akan ikut mak aku hantar adik aku ni ke tadika pagi2. Tapi selalunye aku tak pergi sebab syok tido kat umah. Yela.. sekolah petang mase tu.. Hehehe.. Comel je adik aku mase tu. Pakai baju tadika kaler biru, tudung putih pastu dengan beg merah dia tu. Mase mule2 beli beg sekolah tu, bangga betul dia. Yela.. beg tu boleh jadi kereta.. hehehe.. Nilah adik aku masa dia tadika.. Comey kan? Kalau ade rezeki aku pregnant, aku nak selalu tengok gambar adik aku ni. Mane tahu leh dapat aura comey maksu dia nanti. Yela.. ok pe dari amik pic budak yang kite tak kenal kan??
Sekarang dah tiba dia masuk sekolah rendah (2003). Mase dia darjah 1, aku dah form 2. Tapi still lagi sekolah petang. Mak aku pulak dah start kerja mase ni. So, tugas hantar adik aku pagi2 diserahkan pada aku. Time balik aku tak boleh ambik sbb aku sekolah. So,ayah aku yang ambik dia. Pagi2 mak aku dah gerak suruh hantar adik aku ke sekolah. Jenuhlah aku kayuh basikal tiap2 pagi hantar dia. Sampai sekolah, aku akan pastikan adik aku dah masuk ke kelas baru aku balik. Itu dah jadi rutin harian aku pada tahun itu. Ye..setahun aku hantar dia ke sekolah. Takpelah.. berkorban demi adik tersayang. Ade satu pagi tu, tengah kayuh basikal, aku terasa kayuhan aku berat sangat. Tak tahu kenapa. Tengok2, kaki adik aku masuk dalam rim basikal. Ya ALLAH.. kesian adik aku. Yang pelik nape dia tak menjerit ke ape.. aku rase maybe dia tertidur sbab tu kaki dia boleh trmasuk dalam tu. Aku berhentikan basikal dan cube keluarkan kaki dia dari kasut sekolah. Alhamdulillah lepas.. pastu baru aku tarik kasut dia. Aku tanye dia sakit tak? Dia cakap pedih je. Aku tengok kaki dia dari luar stoking, tak teruk sangat. Stokin koyak sikit je. So, aku teruskan bawak adik aku ni ke sekolah. Tapi kali ni aku pastikan takkan terjadi prkara macam tu lagi. Sampai sekolah, aku tanye dia lagi pasal kaki dia tu. Dia cakap pedih mase berjalan. Aku dah syak ni mesti luka. Aku ajak dia pergi toilet. Aku suruh dia bukak stoking dia tu. Dan.. memang luka. Tapi taklah tahap luka kronik. Luka tu teruk jugak lah. Kalau luka macam tu pakai lagi kasut sekolah, memang pedih. Apetah lagi bagi budak darjah 1. So, aku buat keputusan bawak adik aku balik. Kesian tengok dia. Tahun ni jugak aku berulang alik dari rumah ke sekolah time adik aku rehat. Aku kene jage dia sebab ade 2-3orang budak suka buli dia. Suka amik duit belanja sekolah dia sampai dia takde duit nak makan.. kesian adik aku. Aku tanye adik aku sape yang buli dia? Bila dia tunjuk budaknye, aku takdelah terus lempang walaupun dalam hati nak je pelempang budak tu. Aku just cakap je.. senang cite, bagi warning. Sejak tu, budak tu tak kacau adik aku lagi. Tapi aku tetap akn datang time dia rehat. Nak pastikan adik aku selamat.. yelah.. adik kesayangan kan??
Cepat je masa berlalu.. adik aku yang dulu kecik tu dah meningkat dewasa.. Menjadi remaja. Alhamdulillah tahun 2013 ni adik aku dah Form 5. Dia bakal menduduki SPM tak lama lagi. Bile dah remaja ni, paham2 lah perangai nya. Bergaye tak ingat. Kalah kakaknye yg dah kerja & dah kawin ni. Ye.. fesyen dia lagi up to date dari aku. Aku memang xberapa reti sgt nak berpesyen ikut peredaran mase. Adik aku ni kalau ade tudung dan baju yg ngah famous, dia tahu dlu. Yang bakal dikopaknye, dah confirm2 aku. Abang2 aku, dia jarang mintak. Tak tahu nape.. Maybe dengan aku ni senang nk bodek kot. Kot nye laaaa... hehehe.. Time mude mudi macam nilah dia kenal cinta. Biasalah cinta monyet. Nak marah tak boleh sebab mase aku sekolah dlu pn ade gak cinta monyet ni. Aku just leh nasihat jangan sampai buat perkara yg memalukan family, menjatuhkan maruah. Nak berkawan, boleh. Asalkan tahu batasnye. Klau dia buat benda tak senonoh, memang confirm2 Penampaq JEPUN aku bagi. Bukan tak sayang adik.. sebab sayang la aku nasihat dia macam tu. Aku nak dia jadi insan yang berguna. Tapi ALHAMDULILLAH takat ni dia ikut nasihat aku & dia tak buat benda bukan2. Aku harap dia kekal macam ni sampailah dia kawin nanti. Dah kawin, tanggungjawab aku dah lepas. Suami dia punye tanggungjawab pulak nak jage dan didik dia. Dia ade mintak aku support dia tuisyen tahun ni. Bukan aku taknak tapi tuisyen sebulan dah beratus. Aku sorang, aku tak mampu. Aku bukan orang kaya. Kerja pun biasa2 je. Kalau abang2 aku nak share same2, aku on je. Pasal nak amik lesen kereta, wat masa ni memang tak termampu. Lesen kereta kan RM800.. tak termampu lagi. IN SHAA ALLAH akan datang klu diberi rezeki lebih oleh ALLAH.. Habis dah entry aku psal cerita adik aku ni. Apepun yang terjadi, dia tetap adik aku. Tetap aku sayang hingga hujung nyawa aku. Air dicincang takkan putus. Aku marah adik aku tu dah biasa. Sampai dia nangis pun dah biasa. Marah bersebab. Bukan saje2 nak marah. Tapi bila dia nangis, aku tak tahan. Confirm aku peluk dia dan pujuk dia balik. Series aku selalu pujuk dan peluk dia time nangis. Tak boleh tengok adik aku nangis walaupun aku yang buat dia nangis. NAZATUL NAZIHAH BINTI MOHD ARIF, good luck for SPM 2013. Blajar rajin2.. tak ingat jasa akak takpe asalkan ingat jasa mak ayah yang dah besarkan kita 4 beradik. semoga berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan hidup. AMIN YA ROBBAL ALAMIN..
Yang last tu pic aku dengan adik aku. Ye..ye.. dia lagi tinggi dari aku. Lupe nak habaq name panggilan dia JIA. Tapi de satu lagi nama panggilan dia kat rumah. Tak boleh bagitahu k? Tu rahsia kami sekeluarga.. (^_^)
Dan ini page kami sekeluarga.. MAK, AYAH, ALONG, KAK LONG, JIA, AKU DAN SUAMI .. LOVE U ALL'S..

Thursday, December 20, 2012

Cinta Bersemi Di Putih Abu-Abu The Series

Mule-mule cerite ni start, aku tengok tajuk, aku terus gelak2. Ape punye tajuklah..xbest langsung!! Adik aku la yg layan cite ni mule2. Aku tak minat langsung. Apetah Dengan tajuk rupe itu. hehehe.. (sbenarnye aku tak pham mksud tajuknya)..
So, satu hri tu aku on TV. Takde cerite yg best plak nk tengok. Yang ade cerita indon (Cinta Bersemi di Putih Abu-Abu). Nak tak nak, aku tengok jela. 1st time aku layan cerita tu, eh2 terase best plak. Sejak tu, hari2 aku akan tengok cerita Abu2 ni. Hehehehe.. aku terpikat kat cerita ni sbb heronya hensem. I Likee... (Hanya memuji.. suami aku lagi hensem!! ahaakss.. :P )
Ni pelakon2 utamanya..
RIZKY NAZAR --> HERO (ALEX)
(yg nilah aku kate hensem..hensem kan??)
JESSICA ANATASYA --> HEROIN (LUNA)
KEVIN LUKAS --> BILLY (bestfriend Alex & Luna)
Bile la agaknye cerita ni nak habis. Jangan lambat habis macam cerita Nada Cinta tu dahla. Tak sanggup aku nak tunggu. Oh ye.. ni ade link Youtube yg aku jmpe pasal episod akhir cite Abu2 ni.

Zufefu...zufefe.. Double what?? Double NO!! Double Yes!! hahaha.. kalau yg layan cite Abu2 ni,dia tahu lah sape yg suke sebut bende2 merepek ni. GENG WOW!! :D

Wednesday, December 19, 2012

Memori Terindah..

Adooiii..bosan giler la kat opis ni!! Dahla aku sorang2 je ni. Sorang ke Taiping. Yang sorang lagi ke Gerik. So tinggal lah aku sorang2 tercangak depan pc. Nak buat kerja, kerja dah habis settle pagi tadi. Daripada aku buat bodoh je depan pc ni, baik aku update blog aku. Hahaha.. mau tahu cite apa? Jom bace sampai habis..
Kisah kali ini adalah brkaitan dengan life aku. Ye..hidup aku. Gaya mcm nak story rahsia je. Hehehe..takdelah. Just nk share gambar kahwin aku je. Korang nak tengok,boleh lah tengok. Taknak, just close blog aku k?
Ni antara gambar time aku nikah..ok tak ok tak?ok kan?? :D
Ini pulak gambar masa bersanding kt rumah aku.
Dan gambar last aku nak share. Ni time bersanding kt rumah suami aku.
Orite...itu je aku nak share. Sorry kalau tak suka. Aku nak hilangkan bosan je dok sorang2 kat opis. Adiossss......

Mimpi Arwah Yasmin :')

Back to blog..hye2 semua. Selamat pagi rabu..iye2..aku di opis sekarang. Takde keje buat2lah ade keje wlupun cume taip di blog..hahahaha (gelak jahat)
Just nk share cerita dgn korang semua ni. Petang smlam (18/12/12) aku mmpi Arwah Yasmin (Yasmin J Hunwick). Ramai yang kenal kan? Alhamdulillah aku dapat jugak mimpi arwah. Memang aku nak sangat jumpa dia di alam mimpi.
Aku ni jenis tak ingat mimpi. Pelupa la katekan. So,aku tak ingat jalan mimpi tu macam mana. Aku just ingat 1 part yang aku dan Yasmin berpeluk. Kuat sangat pelukan tu. Kami sama-sama menangis. Time tu Yasmin pakai baju sekolah dia. Mase tengah peluk dia, dalam hati aku berkata (dapat juga aku peluk dia walaupun cuma di alam mimpi). Memang terasa pelukan tu 'real'.
Terjaga dari tidur,aku tersentak. Tapi aku still tersenyum sbb Allah dah makbulkan doa aku untuk mimpi arwah Yasmin & aku masih rase pelukan arwah mase tu. Macam bukan mimpi je. Sebelum aku trlelap petang tu, aku baru lepas tengok page FB ibu arwah, blog dia. So,maybe aku terbawak2 cerita2 pasal arwah dalam mimpi kot. Takpelaaa... asalkan aku puas dapat jumpa arwah. TQ Yasmin sudi datang dalam mimpi aku. Lain kali,datangla lagi ye? Dialu-alukan.. (Y_Y)..
Yasmin J Hunwick (22/02/1995 - 03/06/2012)